SELAMAT DATANG
SELAMAT DATANG KE BABYRANIAON9SHOP
TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG INI........
TUNGKU BAYI
* Menggunakan kain 100% cotton
KANDUNGAN: Habbatus Sauda,bijan hitam, lada hitam, kulit bawang merah & putih
HARGA: RM10/pcs (tidak termasuk kos penghantaran)
KHASIAT:
* Mampu menghindar batuk dan selsema, kembung semasa bayi dlm tempuh berpantang
* Untuk kanak-kanak dapat mengurangkan kesan akibat gigitan serangga, suntikan imunisasi dan terjatuh dengan menuam ditempat yang sakit
* Penting pada bayi lelaki bagi mengelak terkena angin pasang
* Menenggelam pusat bayi yang baru luruh atau tanggal
CARA PENGGUNAAN:
Panaskan bahagian bawah tungku menggunakan sterika atau tungku ibu. Rasa dahulu kadar kepanasan dan tuam dengan cara menekan sedikit. Tuam dibahagian penting seperti perut, dada, sendi lutut, tapak kaki, belakang badan dan bahagian sulit(bagi lelaki). Setiap bahagian lakukan untuk 5 hingga 10 kali tuaman. Lakukan dua kali sehari selepas mandi. Boleh juga digunakan ketika cuaca sejuk untuk mengelakkan bayi batuk atau selsema. Lakukan langkah yang sama.
Selepas penggunaan, simpan di tempat yang bersih dan kering. Sekali seminggu, jemur seketika tungku di bawah cahaya matahari selama 10 hingga 15 minit.
Tempoh penggunaan bergantung atas kekerapan kita menggunakannya. Tungku ini boleh tahan 6 bulan sehingga setahun.